assalamualaikum Pictures, Images and Photos




masa itu kehidupan

25 February 2010

peringatan amat penting bg seorg manusia

Masa tetap berlalu dan akan terus meninggalkan kita, tanpa kita sedari dahulu kita kanak-kanak penuh dengan keriangan, tidak pernah memikirkan tanggung jawab, tidak memikirkan tentang kerja, tentang pelajaran, yang kita tahu hanya bermain dan bersuka ria. Namun dengan masa berlalu usia semakin bertambah dan kita memulakan suasana persekolahan dengan penuh semangat untuk mendapatkan ilmu –ilmu baru didalam mencari kejayaan kehidupan, kita belajar dari satu tahap kesatu tahap dan akhirnya kita berjaya menjejakkan kaki kita ke universiti dan berjaya mendapat segolong ijazah.

Masa terus berlalu dan kita mula ingin mendirikan rumah tangga, kita mencari pasangan dan bertemu, berkahwin dan membina keluarga bahagia yang kita idam-idamkan. Masa terus berlalu kita punya cahaya mata seorang kemudian berdua dan terus bertambah, tanggung jawab semangkin banyak dan kita terus sibuk dengan amanah-amanah yang terus mendatang didalam kehidupan kita. Kesibukan menyebabkan kita tidak sempat mempersiapkan diri untuk kematian, pangkat semakin tinggi, pendapatan semakin banyak dan perbelanjaan serta keperluan juga bertambah-tambah.

Kita terus sibuk dan masa terus berlalu, akhirnya tiba masa untuk kita berehat, tiba masa untuk kita berpencen, usia sudah hampir kepada penghujung, persediaan apakah yang telah kita sediakan untuk menanti saat kematian, harapan kepada Allah swt semuga diberikan kebaikan, namun apakah kita dipandang Allah swt? Allah swt tidak melihat tindakan kita semata-mata tetapi allah swt melihat apa yang ada didalam hati kita, sejauh manakah keikhlasan dalam amal yang kita lakukan, sejauh mana kita berharap redza Allah swt didalam kehidupan kita? Adakah kita mengharap pujian manusia dalam kita berkomunikasi? Mengharap balasan didalam kita beramal dan segala-gala untuk dunia semata-mata.

Kemanisan, kebanggan, kemashuran, kekayaan akhirnya akan berpisah dengan diri kita, kita akan meninggalkan segala-galanya dan yang akan bersama-sama adalah tiga perkara iaitu anak yang soleh, sedekah yang telah kita berikan dan juga ilmu yang telah diajarkan. Mari kita semah persediaan harta yang telah kita sediakan, sebanyak mana kita telah mendidik anak kita agar mereka akan mendoakan kita selepas kita meninggal dunia nanti? Sejauh mana hati-hati mereka akkan sentiasa berharap kepada Allah swt agar kita sentiasa diberikan kebaikan dan dijauhkan dari siksa kubur. Sebanyak mana sedekah yang ikhlas yang telah kita lakukan didalam kehidupan kita? Sebanyak mana ilmu yang telah kita sampaikan kerana Allah swt semasa kita hidup untuk kebaikan manusia.

Mungkin kita boleh tuliskan satu demi satu harta daripada 3 perkara diatas yang telah kita sediakan agar apabila kematian hampir tiba kita telah bersiap sedia, bukan untuk berbangga tetapi untuk memastikan kita telah melakukan semakan sebelum kita memulakan perjalanan yang begitu jauh yang tidak tahu bagaimanakah penghujungnya. Marilah kita sama-sama memulakan persediaan dari sekarang agar kita bersedia apabila kematian tiba. Allah hu alam.

******************************************************************************
10 peringatan bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

erti neraka

Apabila memperkatakkan tentang kepanasan api, anak kecil selalu sahaja tidak menghiraukanya. Bila kita kata panas dan jangan bermain di dapur, anak-anak tetap berkeinginan untuk terus melakukan dan mencuba bermain api yang ada. Tiba-tiba kayu yang dibakar mereka terkena tangan atau air yang mendidih terkena kepada anggota mereka barulah mereka akan sedar dan mengerti akan bahayanya api dan bahaya bermain dengan dapur yang selalu ibu atau orang biasa berada disitu. Mereka merasakan satu persoalaln kenapa orang sering berada di dapur dan mereka juga mahu berada disana kerana mungkin ada yang menyeronokkan.

Kanak-kanak tidak reti bahasa dan mereka hanya menyedarinya apabila mereka melaluinya, dengan mendengar cerita kepanasan dan nasihat ianya tidak dapat memberikan kesan kepada diri mereka untuk menghindarinya. Apabila merasainya mereka akan cuba untuk menjauhkan diri dan tidak akan cuba lagi mendekati kerana mereka benar-benar paham apa erti yang diperkatakan tentang bahaya api tersebut.

Berbalik kepada diri kita, apabila diperkatakan tentang api neraka, apakah yang terbayang di dalam diri kita? Adakah kita beranggapan seperti kanak-kanak dan tidak kisah tentang amaran yang diberikan oleh Allah swt, kita lebih sibuk dengan pekerjaan kita hingga tidak takut kepada kesan tindakan kita yang melanggar apa sahaja suruhan Allah swt. Kita akan menyatakan kanak-kanak yang tidak mahu mengikut nasihat kita sebagai seorang yang tidak reti bahasa, tidak ada akal atau banyak lagi kata-kata yang akan kita katakan, namun apakah yang mungkin diperkatakan oleh Allah swt kepada diri kita sekiranya kita tidak takut kepada apa yang disediakan oleh Allah swt dan tidak cuba mengelakkan diri dari termasuk didalam ancaman Allah swt.

Saitan juga menyatakan yang mereka takut kepada azab Allah swt tetapi manusia begitu angkuh melakukan kesilapan dan kesalahan melebihi daripada saitan, apakah kita tidak cuba untuk memahami atau memperhatikan akan apa sahaja tanda-tanda kebesaran Allah swt yang ada di dunia ini. Melihat alam ini yang begitu besar, penuh dengan kesempurnaan dan jika berlaku sedikit ketidak seimbangan akan berlakulah kucar kacir kehidupan manusia. Apakah kita tidak tahu untuk berfikir tentang kebesaran alam ini atau kita sengaja untuk tidak mahu memikirkannya didalam kehidupan kita.

Mari kita merenung dan berhenti sejenak untuk memikirkan tentang perhambaan kita kepada Allah swt, adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kita kepada Allah swt sehingga segala tingkah laku, segala perasaan, segala pemikiran dan segala-galanya untuk Allah swt. Marilah kita mempergunakan masa yang ada untuk kita memperbaiki apa yang telah berlaku dan semuga usaha-usaha ini akan diberikan keberkatan dan menjadikan kita hamba-hamba yang berterima kasih.

cinta membara perlu dirasai


Assalammualaikum dan salam sejahtera,



http://kalamiar.blogspot.com/2009/09/temuduga-jawatan-kosong.html


Cinta sejauh mana membara didalam hati, cinta perlu sentiasa membara, tanpa cinta kehidupan ini seperti mati, tidak tahu apakah yang diingini, hanya orang yang sedang bercinta sahaja yang akan mempunyai semangat yang tinggi untuk melakukan apa sahaja demi membuktikan cinta. Tidak kira siapa sahaja cinta perlu menjadi daya pendorong yang kuat untuk kehidupan seseorang manusia. Cinta seorang suami dengan seorang isteri sejauh mana terus membara, cinta seorang ibu dengan seorang anak dan sebaliknya sejauh mana berkekalan, cinta seorang abang kepada seorang adik sejauh mana berpanjangan, cinta seorang kekasih adakah menjejak ikatan perkahwinan.



Terlalu banyak hakikat cinta namun adakah kita merasakan cinta kepada pencipta Allah swt, adakah kita merasakan cinta kepada Allah swt sehinggakan merasakan cinta tersebut? Merasakan kasih dan sayangnya dengan memberikan kita kesedaran dan merasakan betapa beruntungnya apabila mendapat kesedaran tersebut didalam kehidupan kita. Mungkin amat jarang kita memperkatakan tentang cinta kepada Allah swt. Namun itu adalah suatu yang akan memberikan kedudukan kita disisi Allah swt, kita mungkin menangis kerana di tinggalkan kekasih tetapi adakah kita menangis apabila tidak dicintai Allah swt? Kita mungkin tertekan perasaan apabila orang yang dikasih pergi dipanggil tuhan tetapi adakah kita tertekan perasaan apabila Allah swt meninggalkan kita dengan jauhnya kita dari Allah swt.



Kita mungkin tergambar, terbayang, termimpi-mimpi orang yang kita kasihi tapi adakah kita sentiasa terbayang janji-janji Allah swt yang begitu indah untuk hambanya yang dikasihi, janji-janji siksaan yang perlu ditakuti bagi sesiapa yang lupa kepadanya atau menolak cintanya. Bukti cinta Allah swt terlalu banyak didalam kehidupan diri kita, diri kita sendiri adalah bukti cinta Allah swt, menjadikan kita sesempurna makhluk kejadian, mempunyai pemikiran dan perasaan namun pemikiran dan perasaan tidak mampu untuk kita menilai cinta Allah swt kepada diri kita. Begitu banyak hadiah-hadiah yang telah diberikan kepada diri kita, tidak terhitung hadiah demi hadiah pemberian dari Allah swt kepada diri kita namun adakah hadiah-hadiah itu kita jaga dengan sebaik mungkin untuk kita bawa kembali bertemu dengan Allah di kemudian hari.



Hadiah seperti anak, isteri, rakan taulan, pekerjaan dan apa sahaja yang kita milik adalah hadiah dari Allah swt, Allah swt yang memberikan dan Allah swt juga mampu untuk mengambilnya semula dari kehidupan kita. Namun adakah kita mengucapkan terima kasih diatas hadiah yang begitu banyak sehingga tidak mampu untuk dihitung dan dibilang. Kita perlu benar-benar membalas cinta yang diberikan dengan mencintai Allah swt melebihi segala-galanya dan diiringi dengan cinta kepada diri rasulullah saw. Jika cinta ini bersemarak didalam diri semua yang sukar menjadi mudah, penuh dengan kemaafan, penuh dengan ceria, hidup penuh dengan bermakna, tiada kerisauan, tiada ketakutan, tiada penyesalan dan yang ada adalah keindahan yang perlu dinikmati. Kesukaran adalah suatu perjalanan untuk membuktikan cinta yang hakiki, apa sahaja halangan adalah ujian untuk pembuktian cinta kepada ilahi, mungkin inilah cinta para sahabat kepada Allah swt dan rasulullah saw sehinggakan kehidupan ini begitu mudah, tidak mementingkan kekayaan, tidak mementingkan keselesaan, tidak mementingkan diri, yang dipentingkan adakah nilai-nilai Allah swt diutamakan didalam kehidupan, sunnah di ikuti dan dilaksanakan didalam kehidupan. Allah hu alam.

22 February 2010

PERSAHABATAN KEMANA TUJUANNYA?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Persahabatan, persahabatan, persahabatan kemanakah akhirnya? Apabila kita bersahabat apakah matlamat yang telah kita tentukan? Untuk gembira? Untuk bahagia ? untuk kawan ketawa atau apakah yang ingin kita cari di sebalik persahabatan itu? Mari kita renung kerana kawan gembira ramai dan kawan menangis amat sedikit.

Sejauh mana kita sanggup menegur kawan kita kerana inginkan melihat mereka tidak jatuh kepada kemusnahan, untuk menjaga diri kawan kita agar selamat di akhirat, bagaimana kita melihat rakan kita apabila ditimpa malapetaka sejauh mana sempati kita dan sejauh mana kita sangguh melakukan pengorbanan. Mari kita semak dulu siapa diri kita sebelum kita menuntut orang lain melakukan yang terbaik buat diri kita? Adakah kita telah melakukan yang terbaik buat orang lain?

Bukan hidup perlukan balasan tetapi allah swt akan membalas segala tindakan yang kita lakukan seadil-adilnya, Sekiranya kita tidak endah kepada rakan kita akan tiba suatu masa nanti rakan kita tidak mengendahkan kita pula

kak asma' n abg zaid...

16 February 2010

lihat n pkirkan...

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada KEKUATAN PERASAAN.

Wanita yang gagah adalah:-

1- Wanita yang tahan menerima SEBUAH KEHILANGAN

2- Wanita yang tidak takut pada KEMISKINAN

3- Wanita yang TABAH menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4- Wanita yang tidak MEMINTA-MINTA agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan wanita berdiri di atas KETEGUHAN IMAN.

Khadijah adalah KEGAGAHAN SEMPURNA

bagi seorang wanita.

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki pada MURNI ROHANI.

Lelaki yang cantik adalah:-

1- Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk INGATAN

2- Lelaki yang sedia menerima segala TEGURAN

3- Lelaki yang memberi MADU, setelah menerima RACUN

4- Lelaki yang TENANG dan LAPANG DADA

5- Lelaki yang BAIK SANGKA

6- Lelaki yang tak pernah BERPUTUS ASA

Kecantikan lelaki berdiri di atas KEMULIAAN HATI.

Nabi Muhammad adalah KECANTIKAN SEMPURNA

bagi seorang lelaki.

PERAMPUAN DAN MUSLIMAH..

SAMA TAPI TAK SERUPA????!!!!

Perempuan........

Apabila teruna memerhatikan dikau,

Kau membalas renungan matanya.

Apabila teruna mendekati selangkah,

Kau datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,

Kau lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,

Kau hanyut dalam angan langkah.

Muslimah........

Apabila teruna memandang dikau,

Kau tunduk mengelak panahan syaitan.

Apabila teruna mendekati selangkah,

Kau berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,

Kau anggap itulah kalimah Iblis Syaitan Laknatullah.

Apabila teruna menutur Harapan Indah,

Kau yakin Janji-Nya lebih Bahagia di sana.

Kerana kau mengerti dan meyedari

Akan erti Maruah Peribadi Sejati

Yang diselaputi Iman yang Hakiki

Yang tidak semudah itu......

Manusia, Malaikat, dan Syaitan

Manusia – Eh, dah subuh dah?

Malikat – Bangunlah wahai anak Adam, Tunaikan solat subuhmu.

Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni…… awal lagi nie?

Zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah??

Malaikat – Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…

Syaitan – Ahh, tak payahlah… dah lapar ni!!!!!

Mmm….. Sedapnyaaaaa????

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye???

Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup Aurat…..

Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia – Azan sudah kedengaran…

Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan – Baru pukul berapa… rilexlah… awal lagi nie??

Manusia – Alamak, dah lewat!!!

Malaikat – Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat…

Syaitan – Ahhh? Awal lagi? Mmm… aaahh? Suruh si X,

Punchkanlah??

Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok nie, berdosa…

Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,

Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Mengetahui!!!

Syaitan – Perggghh… best tu… rugi ooo kalau tak tengok nie…

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa

Malikat – Wahai anak Adam, cegahlah ia…

Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang lantaklah???!!!

Manusia – Elok kau sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-nasihatilah sesama kamu…

Syaitan – Sendirilah pikirlah, semua dah besar, buat apa susah-susah…

pandai2lah??

Manusia – Aku telah berdosa…

Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..

Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat…

lagipun muda hanya sekali… rugilah,… ( kalau sempatlah )

Manusia – Kalau pergi mesti seronok!!!

Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.

Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu… Jomlahhh!!!

Manusia – Uuhhh? Letihnya hari nie… tak solat lagi nieee??

Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-Nya, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu Wajib bagimu…

Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di Dunia ( sahaja ) dan kebahagiaan di Akhirat ( jangan mimpilah!!! ) untukmu…

CATATAN UNTUK GADIS REMAJA

Dengan tersedu sedan dan diiringi linangan air mata penyesalan seorang remaja puteri menceritakan, sebuah peristiwa

“Peristiwa ini bermula hanya dari pembicaraan melalui telefon antara diriku denga seorang lelaki, lalu berlanjutan membuahkan kisah cinta di antara kami. Ia merayu behawa dirinya sangat mencintaiku dan ingin segera meminangku. Dia berharap dapat bertemu muka denganku, namun aku sungguh merasa keberatan, bahkan aku mengancam ingin menjauhi dirinya, kemudianmenyudahi hubungan ini. Akan tetapi aku tak kuasa melakukan itu. Maka aku putuskan dengan mengirimkan fotoku dalam sebuah surat cinta yang semerbak dengan wangi aroma bunga mawar.”

Suratku pun dibalas olehnya, dan semenjak it kami sering saling kirim surat. Suatu ketika melalui surat, ia mengajakku untuk keluar pergi berduaan, aku menolak dengan keras ajakan itu. Tetapi ia balik mengancam akan menyebarkan semua tentang diriku, foto-fotoku, surat cintaku, dan perbualanku dengannya selama ini melalui telefon, yang ternyata ia selalu merakamnya. Aku benar-benar dibuat tak berdaya oleh ancamannya.

Akhirnya aku pumn pergi keluar bersamanya dan berharap dapat pulang kembali ke rumah dengan secepatnya. Memang aku pun akhirnya pulang, namun sudah bukan sebagai diriku yang dulu lagi, aku telah berubah. Aku kembali ke rumah dengan membawa iab yang berkepanjangan, dan suatu ketika kutanyakan kepadanya, “Bila kita akan berkahwin?” Apakah tidak secepatnya? Namun ternyata Jawapan yang ia berikan sungguh menyakitkan, dengan nada menghina dan merendahkanku ia berkata. “Aku tak mahu menikah dengan wanita rendahan sepertimu!!!”

Wahai saudariku tercinta!

Kini engkau tahu bagaimana akhir dari perhubungan kami yang jelas-jelas terlarang dalam agama ini. Oleh kerana itu waspada dan berhati-hatilah jangan sampai engkau terjerumus dalam hubungan semacam itu. Jauhilah teman yang buruk perangai, yang suatu saat boleh saja ia menjerumuskanmu lalu menyeretmu ke dalam pergaulan yang rendah dan terlarang. Ia hiasi itu semua sehingga seakan-akan menarik dan merupakan hal biasa yang tidak akan berakibat apa-apa, tak akan ada aib dan lain sebagainya.

Jangan percaya puisi indahnya, sekali lagi jangan mudah percaya!! Itu semua tak lain adalah tipu daya yang dilancarkan oleh SYAITAN dan teman-temannya. Dan jika engkau tak mahu berhati-hati maka sungguh hubungan haram itu akan berakibat sebagaimana yang telah kusebutkan di atas atau bahkan lebih parah dan menyakitkan lagi.

Berhati-hatilah jangan sampai engkau terpedaya dengan pujuk rayu para laki-laki pendosa itu yang kesukaannya hanya mempermainkan kehormatan orang lain. Mereka adalah pembohong, pendusta dan pengkhianat, walau salah satu dari mulut mereka terkadang menyampaikan kejujuran dan keikhlasan. Apa yang diinginkan mereka adalah sama, dan semua orang yang berakal mengetahui itu, seakan tiada yang tersembunyi. Berapa kali kita mendengarkan, demikian juga selain kita tentang perilaku keji mereka terhadap para gadis remaja.

Namun sayang seribu sayang bahawa sebahagian para gadis tak mampu mengambil ikhtibar dari peristiwa memalukan yang menimpa gadis lainnya. Mereka tak mempercayai segala ucapan dan nasihat yang diberikan kecuali setelah peristiwa itu benar-benar menimpa, dan setelah terlanjur menjadi korban kebiadaban lelaki tidak bermoral itu. Tatkala musibah dan aib yang mencoreng muka telah terjadi, maka ketika itulah ia baru terbangun dari keterlenaannya, timbullah penyesalan yang mendalam atas segala yang telah di lakukannya. Ia berangan-angan agar aib, derita, dan kegetiran itu segara berakhir, namun musim telah berlalu dan segalanya telah terjadi, yang hilang tiada mungkin kembali!!! “Mengapa semua jadi begini?”

Saudariku Tercinta!

Bagi yang terlanjur jatuh dalam hubungan yang haram dan terlarang, jika mahu berfikir maka tentu ia akan menjauhi cara seperti itu sejak awal mulanya. Sehingga tidak seorang pun mampu mengajaknya demikian terpetualang dalam cinta. Sebab dalam petualangan tersebut mempertaruhkan sesuatu yang paling mulia yang merupakan lambing harga diri dan kesucian wanita. Jika sekali telah hilang, maka tak akan mungkin kembali selamanya. Wanita manayangmenginginkan agar miliknya yang paling berharga hilang begitu saja dengan sia-sia demi kesenangan sekejap? Lalu setelah itu kembali ke tengah-tengah keluarga dan masyarakat dalam keadaan terhina dan tersisih tiada mampu mendongakkan kepala?

Tiada lagi laki-laki yang menginginkannya, hidup terpencil dan penuh kerugian yang selalu mengiringi sisa umurnya. Hatinya makin terhiris manakala melihat teman sabayanya atau yang lebih muda telah menjadi seorang isteri, seorang ibu rumah tangga dan pendidik generasi muda.

Oleh kerana itu wahai saudariku,

Fikirkanlah semua ini!! Jauhilah olehmu hubungan muda-mudi yang melanggar aturan agama agar engkau tidak menjadi korban selanjutnya. Ambillah pelajaran dari peristiwa yang menimpa gadis selainmu, dan jangan sampai engkau menjadi pelajaran yang diambil oleh mereka. Ketahuilah bahawa wanita yang terjaga kehormatannya itu sangatlah mahal, jika ia mengkhianati dan tak menjaga kehormatan itu, maka kehinaanlah yang pantas baginya. Tetaplah engkau pada keadaan jiwamu yang suci dan mulia dan janganlah sekali-kali engkau membuatnya hina serta menurunkan martabat dan ketinggian nilainya.

Jangan kau kira bahawa untuk mendapatkan seorang suami yang baik hanya dapat diperoleh melalui sembang-sembang atau chit chat hingga lewat malam sama ada melalui telefon ataupun pacaran dan pergaulan bebas. Banyak di antara mereka yang jika dimintai pertanggungjawaban agar segera menikahi akan respon mengatakan:

Bagaiman mungkin aku menikahi wanita sepertinya.

Bagaiman pula aku rela dengan tingkah laku dan caranya.

Bagi wanita yang telah mengkhianati kehormatannya sehari saja.

Maka tiada mungkin bagi diriku untuk memperisterinya.

Bila engkau tak menginginkan jawaban yang menyakitkan seperti ini maka jangan sekali-kali menjalin hubungan terlarang, cegahlah seupaya mungkin. Selagi dirimu dapat mengendalikan segala urusan yang menyangkut peribadimu, maka kemuliaan dan harga diri akan terjaga. Carilah suami dengan cara yang baik dan benar, sebab jika engkau mendapatkannya dengan cara bergaul bebas dan cara-cara lain yang tidak benar, maka biasanya akan berakibat tersia-sianya rumah tangga dan bahkan perceraian. Rata-rata kehidupan mereka dipenuhi oleh duri, saling curiga, menuduh, dan penuh ketidak percayaan.

Jangan kau percayai propaganda sesat yang sedang berleluasa dalam era kemajuan zaman atau mereka yang menggembar-gemburkan kebebasan kaum wanita yang mengharuskan menjalin cinta terlebih dahulu sebelum menikah. Jangan melatah, sebab cinta sejati tidak akan ada kecuaili setelah menikah secar sah. Sedang selain itu, maka pada umumnya adalah cinta nafsu semata, hanya mengikuti angan-angan dan fatamorgana, sekadar menuruti kesenangan, hawa nafsu dan gelojak emosi belaka.

Ingatlah bahawa kehidupan dunia ini sangatlah singkat dan sementara, mungkin sebentar lagi engkau akan meninggalkannya. Maka jika ternyata engkau telah terkhilaf dengan dosa-dosamu maka bersegera saja bertaubat memohon ampunan sebelum ada dinding penghalang antara taubat dengan dirimu. Demi Allah nasihat ini kusampaikan dengan tulus untukmu dan itu semua semata-mata kerana rasa saying dan cintaku kepadamu.