assalamualaikum Pictures, Images and Photos




masa itu kehidupan

12 February 2010

.....

Persiapan suatu yang perlu kita sediakan bagi mendapatkan yang terbaik didalam apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan, persiapan perkahwinan mungkin disediakan dua bulan sebelum perkahwinan tersebut diadakan atau mungkin lebih lama sebelun tarikh berlangsung majlis tersebut bagi memberikan kenangan yang terbaik buat diri pengantin dan juga tetamu yang hadir.

Persiapan ahli sukan untuk peringkat olimpik mungkin memerlukan masa setahun sebelum tarikh sukan tersebut dilancarkan, persiapan untuk mengadap raja apabila dipanggil untuk mengadap bagi mendapatkan anugerah mungkin dilakukan sebaik sahaja dimaklumkan akan kejayaan untuk menerima pingat tersebut.

Kita akan mungkin berbelanja atau mempersiapkan diri kita bagi memastikan kita dapat melaksanakan yang terbaik apabila saat tersebut tiba, namun marilah kita melihat apakah persiapan yang kita lakukan untuk mendapat yang terbaik apabila Ramadan tiba, apakah kita benar-benar ternanti akan Ramadan yang akan kunjung tiba ini dengan mempersiapkan diri kita agar kita dapat melakukan yang terbaik semasa sebulan di bulan Ramadan nanti.

Adakah kita benar-benar berharap dan berdoa untuk dapat melakukan yang terbaik seperti kita berharap dan berdoa untuk menghadapi peperiksaan, atau kita berdoa bersungguh-sungguh sebab nak lihat anak kita Berjaya didalam peperiksaan mereka nanti, apakah kita berdoa untuk mendapatkan yang terbaik semasa Ramadan nanti? Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita agar dapat mempersiapkan pemikiran, tubuh badan dan matlamat yang jelas untuk mendapatkan bonus dari Allah swt di bulan Ramadan nanti. Marilah kita berfikir untuk mendapatkan yang terbaik. Allah hu alam.

air mata..

Ramai orang menagis, ada yang menagis kerana mendapat malapetaka, ada yng menangis kerana kehilangan sejumlah wang, ada yang menangis kerana sakit yang amat sangat, ada yang menagis kerana ditinggalkan kekasih, ada yang menangis kerana kematian orang yang dikasihi dan banyak lagi sebab-sebab seseorang itu menangis.

Adakah kita juga pernah menangis dan tentu sekali ia, tetapi apakah yang menyebabkan kita menangis? Adakah kita pernah menagis kerana melihat masa-masa yang lalu penuh dengan dosa yang telah kita lakukan? Adakah kita pernah menangis kerana kecintaan yang amat sangat untuk merasai kasih dan saying Rasulullah dan Allah swt. Adakah kita pernah menagis kerana mahukakan bantuan dari Allah swt? Adakah kita menagis kerana gementar hati kita bila membaca Al Quran kerana terlalu takutnya kita kepada siksaan Allah swt?

Rasullullah saw menyeru kita agar sentiasa memusahabah (memeriksa diri sendiri), kita perlu belajar untuk menagis, menagis kerana tiada gunanya kita menagis di akhirat nanti kerana masa itu telah terlewat, jika kita mahu menagis maka menangislah sekarang kerana dengan menagis kita akan merasai suatu keperluan untuk bertindak dan memperbaiki diri kita, semuga sedikit air mata itu yang keluar kerana mencari redza Allah swt akan menjadi bukti di akhirat nanti.

Mungkin begitu sukar untuk kita menagis, mungkin begitu keras hati untuk memahami dosa-dosa yang telah dilakukan, namun rasulullah saw dan para sahabat sentiasa menagis dimalam hari mereka untuk menghubungkan hati-hati mereka kepada Allah swt. Baik benarkah kita, jujur benarkah kita, kuat benarkah kita berbanding mereka yang sentiasa menangis dahulu sehinggalah akhir hayat mereka. Mungkin hati kita semakin keras dan perlu dilembutkan dengan memahami Al Quran, telah tiba masanya kita perlu membuka al Quran untuk kita memahami maknanya, membaca tafsir untuk menghidupkan hati semula, bukan untuk pengetahuan tetapi untuk beramal dan hidup dengan Al Quran tersebut.

Apa ertinya hidup sekiranya selepas kematian penuh dengan penderitaan dan penyeksaan, apa ertinya kekayaan sekiranya banyaknya tidak dapat memberi menefaat kepada manusia dan kehidupan diakhirat, apa ertinya kegembiraan kerana disebalik kegembiraan yang dilahirkan penuh dengan kekosongan jiwa kerana jauh dari Allah swt. Marilah kita duduk sebentar dan merenung kehidupan yang telah kita lalui semuga mendapat keberkatan dari Allah swt. Amin

mata..

Penglihatan anugerah Allah swt kepada diri kita, kita sepatutnya benar-benar bersyukur dengan pemberian Allah swt ini, ramai orang yang dilahirkan buta dan ada juga yang boleh melihat semasa kecil dan diambil kembali penglihatan oleh Allah swt apabila mereka telah dewasa. Sejauh mana kita menghargai penglihatan ini? Mungkin kita jarang untuk berfikir dan memeriksa kembali apakah yang telah kita lakukan dengan mata pemberian Allah swt ini.

Bayangkan sekiranya kita dilahirkan tanpa mata, mungkinkah gelap segala galanya, mungkin kita dapat membayangkan dengan suaru yang kita dengar dan mungkin juga kita boleh merasakan dengan pancaindra sentuhan kita tetapi kita masih tidak dapat membayangkan warna kerana yang kita tahu adalah gelap dan penuh dengan kehitaman. Kita tidak mengenal cahaya dan warna. Tetapi apakah dengan kekurangan tersebut kita tidak perlu bersyukur kepada Allah swt, tentu tidak kerana kita perlu bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk hidup seperti manusia lain yang boleh bernafas dengan baik dan tidak mengidap penyakit jantung. Masih banyak lagi kebaikan yang telah kita perolehi dari Allah swt, mungkin kita masih ada kedua ibubapa yang mengasihi diri kita dan boleh belajar di sekolah untuk orang buta berbanding ramai lagi orang buta yang tidak ada peluang untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

Apakah kegunaan yang telah kita buat terhadap mata yang diberikan oleh Allah swt, adakah kita sentiasa membantu orang-orang yang mengalami kesusahan, apakah kita mengunakan untuk mempelajari Al Quran, apakah kita mengunakan meningkatkan persaudaraan dengan memberikan senyuman kepada orang-orang yang kita temui atau adakah kita mengunakkan untuk melihat maksiat, untuk melakukan penipuan, untuk merosakkan kehidupan orang lain, untuk memuaskan hawa nafsu kita. Apakah pilihan yang kita lakukan didalam kehidupan kita berhubung dengan mata yang diberikan pinjaman oleh Allah swt. Kita tidak dapat mengawal kelipan mata kita sendiri kerana ia bukan milik kita, ia hanya dipinjamkan oleh Allah swt untuk melihat sejauh mana kita menjaga pemberian Allah untuk kita menefaatkan dengan sebaik mungkin. Dengan mata sahaja kita sepatutnya menyedari betapa lemahnya diri kita namun kita seringkali berasa sombong dan merasakan seperti dunia ini milik kita sendiri.

Betapa banyaknya nikmat yang diberikan oleh Allah swt melalui mata yang diberikan kepada diri kita, dengan mata kita dapat menilai seseorang dan kadang kala kita menilai mengikut tanggapan kita sahaja tanpa kita usul periksa, kita membuat keputusan dengan penglihatan kita tanpa kita benar-benar mencari sebab mengapa seseorang itu bertindak demikian. Semua yang kita lihat akan memberikan tanggapan dan setiap tanggapan akan melahirkan tindakan. Apa yang kita fikirkan akan kita rasa dan apa yang kita rasa akan kita lahirkan didalam tindakan kita ini. Marilah kita mengubah segala yang kita lihat untuk menjadi positif dan menjadikan segalanya adalah suatu pemberian Allah swt untuk menguji kehidupan kita untuk di ulangtayangkan kembali diakhirat nanti. Semuga kita mengunakan mata pemberian Allah swt ini dengan sebaik mungkin untuk kehidupan abadi di akhirat nanti. Amin

perjalanan kegembiraan

dan salam sejahtera,

Kegembiraan dan kedukaan sering salih berganti, namun ada orang yang sentiasa meletakkan kegembiraan sentiasa menjadi miliknya dan ada orang pula yang memilih kedukaan sentiasa berada disampingnya. Apa yang kita mahukan sekarang kegembiraan atau kedukaan? Tentu sekali kegembiraan tetapi di sebalik harapan apa yang dilalui kadang-kala tidak seperti yangdiharapkan. Mengapa? Mungkin kita tidak pernah memberikan kegembiraan kepada orang lain, kita sering berharap tetapi tidak memenuhkan harapanorang lain yang juga memerlukan kegembiraan melalui diri kita.

Kegembiraan hanya amat bernilai jika kita memberikan ketika orang yang berharap itu amat-amat berharap bantuan dan sesuatu dari kita. Sebaliknya sekiranya mereka tidak mahukan dan kita ingin memberikan maka apabila diterima iatidak akan teramat sangat kegembiraanya. Oleh sebab itu berikanlah kepada yang memerlukan kerana mereka boleh mengerti akan erti kegembiraan dan akan menilai erti terima kasihyang sebenarnya.

Tiada kegembiraan tanpa melalui penderitaan, kegembiraan orang yang telah mengenal kesukaran amat berbeza dengan mereka yang tidak pernah merasai kesukaran. Semakin sukar untuk mencapai sesuatu yang kita hajatkan semakin bererti apabila kita mendapatkannya. Namun semua yang dilalui itu samada sukar atau mudah sebenarnya penuh dengan keindahan yang dilukiskan didalam pemikiran. Marilah sama-sama kita melukiskkan keindahan didalam kehidupan kita.

Seorang buta yang datang kepada anda yang sedang makan tengahari, memohon belas ikhsan dari manusia yang sedang makan, menghulurkan tangan yang kelihatan tergetar-getar agar ada yang kasih, mungkin hati mereka berkata “Aku tidak meminta untuk dilahirkan buta, tapi tuhan memberikannya untuk menguji diriku, wahai manusia bantulah diri ku” Rm 1 bukanlah besar buat diri kita, tidak menjadikan kita papa, dan tidak menjadikan kita kaya, namun kadang kala begitu sukar untuk menghulurkanya kerana banyak sebab yang mungkin kita fikirkan. Meminta hak mereka dan memberi hak kita, namum mengherdik mereka jangan sekali. Semuga kita menjadi manusia yang bersyukur dengan menghargai apa yang kita ada.

assalammualikum & salam sejahtera..

Cabaran sentiasa suatu yang tidak disenangi bagi sesetengah orang dan bagi sesetengah orang pula cabaran adalah suatu yang menyeronokkan dan mengembirakan kerana dengan cabaran akan memberikan suatu tindakan dan keputusan untuk dilakukan. Begitu banyak cabaran yang perlu dihadapi didalam kehidupan, ada cabaran yang datang dari keluarga, ada cabaran yang datang dari tempat bekerja, ada cabaran dari rakan, jiran, dari musuh dan banyak lagi cabaran yang tidak kita jangka akan kita hadapi dan datang kepada diri kita.

Bagaimanakah tanggapan kita terhadap cabaran-cabaran ini? Adakah kita bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka? Adakah kita menyukai cabaran tersebut? Berapa kerap kita bersedia menerima cabaran didalam kehidupan? Cabaran adalah sesuatu yang tidak dijangkakan dan akan terus datang tanpa diminta, ia akan datang walaupun kita tidak menerimanya, ia akan terus datang satu demi satu dan kita samada bersedia atau tidak akan tetap menerimanya samada satu persatu atau cabaran itu datang secara berkumpulan sehinggan kita merasakan begitu sukar menghadapinya.

Paradigma kita perlu jelas terhadap cabaran yang akan kita terima ini, adakah kita telah mempersiapkan diri kita untuk menerima semua cabaran ini? Tidakkah kita sedar cabaran ini adalah ujian yang disediakan oleh Allah swt untuk melihat diri kita bagaimanakah kita berbaik sangka kepada Allah swt apabila diberikan ujian. Adakah kita mahu mengambil dengan sikap terbuka dan bersedia untuk menyelesaikannya. Jika kita bersedia untuk menerima apa sahaja cabaran dan ujian tentu sekali akan mempersiapkan diri kita dan bersedia apa sahaja terhadap cabaran yang mendatang. Kita akan lebih lagi bersedia sekiranya kita meletakkan konsep ”Saya mencintai cabaran” didalam kehidupan kita. Mencintai bermaksud bersedia untuk berkorban apa sahaja demi yang dicintai. Apabila kita menyatakan yang kita mencintai cabaran ianya bermakna kita bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang akan mendatang, kita akan melihat semua yang mendatang sebagai suatu yang menarik dan akan mencerikan kehidupan kita, cabaran yang mendatang adalah suatu yang akan mematangkan pembelajaran dan kehidupan kita.

Cabaran yang tiba semuanya dilihat dengan keyakinan ianya akan mudah untuk diselesaikan, tanpa cabaran dunia ini terasa sepi dan tidak tahu apakah yang harus untuk dilakukan. Cabaran akan menjadikan diri kita penuh dengan tenaga dalaman yang akan memberikan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja bagi memastikan kejayaan adalah milik kita, kesungguhan demi kesungguhan akan di lakukan untuk meraih kenikmatan kehidupan. Satu demi satu kejayaan akan dihitung yang akan meningkatkan tahap kepuasan dan menjadikan kita benar-benar berserah kepada Allah swt kerana kita yakin segala cabaran adalah dari Allah swt dan setiap kegagalan bukan kegagalan tetapi kesilapan keputusan yang memerlukan strategik baru untuk mengatasi kesilapan-kesilapan tersebut. Kita akan terus berusaha dan berusaha disebabkan kita hanya boleh menyediakan sebab sedangkan hasil adalah milik Allah swt untuk menentukannya. Amin