assalamualaikum Pictures, Images and Photos




masa itu kehidupan

27 November 2011

muslimah kita & drama korea

Seperti entri sebelum ini, hampir sebulan juga saya tangguhkan permintaan seorang pembaca untuk entri mengenai drama Korea. Saya fikir, itu suatu isu yang bagus untuk ditulis bahkan sebenarnya perlu untuk menyedarkan sahabat-sahabat kita terutama muslimah yang begitu obses dengan drama Korea.

Bagi memastikan entri ini ringkas dan tidak terlalu panjang, maka saya fikir adalah lebih wajar untuk ditulis khusus kepada skop yang dimaksudkan sahaja. Bermakna, bukanlah saya mahu berbicara tentang hukum menonton filem, melihat pelakon dalam drama dan sebagainya.

Skop yang dimaksudkan adalah, fenomena muslimah kita yang ‘tersampuk’ kegilaan menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.

ASAS

Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja? Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem melayu, filem-filem hollywood, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?

Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination. Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya.

Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.

Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan angau, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan pembaziran masa yang sungguh parah.

Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita muslimah kita termasuklah yang berada di jurusan agama.

Justeru dalam isu ini, saya kira elok kita perhatikan kepada beberapa perkara :

PERTAMA : SYARIAT

Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram. Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.

Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan. Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki. Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.

Tidak kurang juga yang beralasan :

“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya. Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..”

Cuba rujuk balik kepada ayat Allah. Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita. Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.

Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia? Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia. Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.

Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam. Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.

KEDUA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia. Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem. Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.

Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita. Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat. Begitu juga dengan wanita. Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan. Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.

Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri. Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.

KETIGA : FANATIK DAN OBSES

Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya. Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea.

Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi. Ini suatu yang berbeza. Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.

Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.

Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah. Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing.

Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul. Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah. Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah. Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.

KEEMPAT : LALAI

” Saya risau, ramai kawan-kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai..”

Ya. Itulah point nya. Kelalaian. Pembaziran masa. Hilang fokus.

Sebagai contoh, muslimah yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.

Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula. Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.

Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.

Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.

Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam. Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti. Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut. Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’. Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau. Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.

KELIMA : SIFAT MALU

Inilah yang menjadikan wanita muslimah sebagai subjek utama. Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?

Oh..Hensemnya dia! Aku jatuh cinta!

Aku suka hero cerita ni. Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..

Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :

Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun

Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea

Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.

KESIMPULAN

Saya lebih cenderung mengajak kita mengambil sikap pertengahan. Kerana itu saya tidak mahu mengatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan. Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.

Sekadar mahu menghilangkan tension. Sekadar mahu mengalih perhatian. Sekadar mahu menghilangkan bosan. Sekadar mahu menghiburkan hati.

Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?

Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam. Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.

Maka berwaspadalah. Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman. Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.

Pesan pada mereka ; kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod, maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod. Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.

Sekian

SUMBER :

http://www.myilham.com/blog/2011/09/muslimah-kita-dan-drama-korea/

16 April 2011

WARKAH BUAT SUAMI..~


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,”

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV.Tapi, ahh bukanlah.. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,suaminya kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. “Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Eh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hitam. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”

“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg….

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg… Aliyah sayangkan Abg…. Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

MORAL OF THE STORY :

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it.

“Bukan senang nak jadi senang, & bukan susah nak jadi susah…”

Jangan pandang pada paras rupa seseorang tapi nilai pada KEJUJURAN, KEIKHLASAN, & KESETIAAN HATINYA. Paras rupa tidak membawa kepada KEBAHAGIAAN KELUARGA.Terserah pada anda untuk menilai seseorang… .

“TEPUK DADA, TANYA IMAN…”

14 April 2011

pengorbanan seorang ibu



salam,pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah tajuk yang amat penting pada zaman sekarang ini..harap sudi membaca sampai habis.
sesungguhnya doa seorang ibu itu diterima oleh allah tanpa batasnya, tetapi doa seorang ayah ada batas.kenapa?? kerana seorang ibu berjihad melahirkan seorang anak,malah ia menarungkan nyawanya demi ananya. ada seorang lelaki berjumpa dengan nabi muhammad lalu berkata siapahkah yang patut aku dahului?maka nabi muhammad menjawab ibumu. lalu dia bertanya lagi,kemudian siapa lagi?lalu nabi muhammad menjawab ibumu,
kemudian,siapa lagi?maka nabi menjawab ibumu?selain itu,siapa lagi?
lalu nabi muhammad menjawab ayahmu.

malah tidak dinafikan lagi bahawa pengorbanan seorang ibu amat la besar jikalau hendak dibandingkan dengan pengorbanan seorang ayah,kerana ibu menjaga pakaian anak2nya, kesihatannya &tidak lupa juga mendidik anak.oleh yang demikian, allah meletakkan syurga di bahawa tapak kaki ibu, supaya ia tidak merasa beban selepas melahirkan seorang anak. tambahan pula anak itu menjadi orang yang soleh,bertambah sejuk perut ibu yang melahirkan kita.

didalam al-quran allah telah berfirman yang bermaksud:"dan tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kalijanganlah engkau mengatakan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucapkan lah kepada keduanya perkataan yang baik.dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah."wahai tuhanku!sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil"daripada suruh al-isra,ayat 23 & 24. tetapi pada zaman sekarang ramai yang melakuakn ibunya seperti hambanya sendiri. nabi telah berkata bahawa pada zaman akan datang (zaman sekarang) ibu2 akan melahirkan tuannya.

bertapa sakitnya hati ibu,apabila melihat anak-anaknya yang nakal. walaupun anak yang di lahirkan itu nakal ia tetap sayang. ibunya akan merasa sakit apabila anaknya di marahi oleh seseorang. sampaila ia mengetahui siapa yang salah.selain itu,setiap anak yang dia lahirkan, ibu akan hilang sedikit kalsium dan diberi kepada anaknya,tetapi kita sebagai anak tidak menghargai jasa ibu yang sungguh besar..

sanggupkah kita lakukan semua ini untuk ibu kita???
layak kah kita menjadi anaknya???
layak kah kita masuk SYURGA ALLAH???
dekat mana kah yang layak bagi kita yang menderhakakan ibu bapa???
fikirkan la kemana arah kita akhir sekali...

12 April 2011

setiap pekerjaan berdasarkan niat.

setiap pekerjaan berdasarkan niat.
setiap balasan ditentukan oleh yang maha esa.
maka bagi insan yang lemah diboleh menentukan pahala dan dosa seseorang,
tetapi setiap manusia wajib menasihati sahabatnya, kerana nasihat-menasihati itu
amalan yang di lakukan oleh nabi muhammad.

oleh yang demikian, sebagai seorang insan yang lemah kita perlu menasihat supaya dia beriman kepada allah ataupun tidak kerana itu hanya perjanjian dia dengan allah,malah hanya Allah dan dia sahaja yang tahu keimanannya,kerana manusia tidak boleh membedah hati manusia untuk mengetahui keimanan seseorang.

selain itu orang yang selalu mendoakan saudaranya akan di sayangi oleh allah kerana dia selalu mengingati allah dan sayang pada sahabatnya kerana allah maka allah mempermudahkan urusannya dan allah menerima doanya.kerana dia bukan manusia yang mementing diri sendiri. oleh yang demikian, allah membenarkan hak yang patut diterima.

manusia ini adalah sebaik-baik ciptaan kerana munusia ini mempunyai akal fikiran untuk berfikir dan membezakan yang mana baik dan sebaliknya.tetapi manusia itu akan menjadi seburuk-buruk ciptaan apabila ia tidak menggunakan sesuatu itu dengan sebaiknya.sebaik-baik ciptaan tambah pula dengan sebaik-baik akhlak maka akan mendapat tempat sebaik-baik tempat. oleh yang demikian fikir la kemana tujuan kita??? neraka ataupun syurga yang serba indah..

sekian sahaja daripada saya,harap dapat ambil pengajaran daripada petikan yang di bina sendiri,
segala yang benar itu datang dari allah, dan yang lemah itu datang daripada saya yang menulis ini. hakikatnya dua-dua datang daripada allah. tanpa allah yang mengatur tidak dapat saya menulisnya.sekian terima kasih.

renung-renungan keindahan bertudung..

Pada zaman kini, perempuan2ramainya tidak
bertudung dengan alasan panas, tidak cantik,malah yang paling teruk takut tidak ada lelaki pandang. Tetapi hakikatnya lelaki2 zaman moden ini lebih tertarik pada wanita2 yang bertudung. Mereka sekadar mempermainkan perasaan wanita. Mereka yang tidak tertarik dengan lelaki seperti itu akan di kejar oleh semua lelaki,tetapi apabila wanita itu kalah dengan seorg lelaki,maka dia akan di pergunakan oleh semua lelaki yang ada di sekeliling.

Ada pulah yang memberi alasan yang tidak logic seperti hidayah Allah tidak sampai lagi. Tapi pernah kita fikir, kenapa kita cari duit,kenapa tidak cakap:dah duit tidak sampai lagi. Itu mesti satu yang tidak mungkin berlaku kerana manusia zaman moden ingin menunjuk2 apa yang mereka ada. Tanpa usaha tiada hasilnya.

Malah bila di Tanya kemana anda inginkan syurga ataupun neraka? Mesti jawapan yang ada pilih adalah syurga,tetapi adakah kita sedar bertapa susahnya kita nak dapatkan syurga allah seperti susahnya kita nak dapatkan duit untuk menyara keluarga. Hakikatnya sesuatu yang kita hajatkan bukan mudah untuk kita capai tanpa usaha. Malah yang pahit itu akan menjadi manis pada suatu hari nanti. Saya akhiri dengan satu pesanan,

tudung yang menutup kepala kita akan merasa panas tetapi hanya pada waktu yang pendek. Tetapi apabila kepala kita tidak bertudung kita akan merasa sejuk pada waktu yang tertentu sama seperti orang yang pakai tudung tetapi orang yang pakai tudung tidak kena bakar di akhir kekal,malah orang yang tidak bertudung akan mendapat yang sebaliknya.

supaya tidak tersasar daripada jalan yang Fikirlah yang mana kita inginkan panas sementar atau panas yang sangat2 buat selama-lamanya??Buatlah pilih yang tetap lurus.


03 April 2011

keluarga encik ibrahim..

pada 26 mac 2011,saya telah memberi lahu hajat supaya keluarga ini di kumpulkan dan mengambil gambar keluarga. Banyak cabaran yang perlu di hadapi. oleh demikian, kami terpaksa mengambil gambar di rumah sahaja. tetapi ALLAH janji yang yang terbaik untuk hambanya.saya mengharap supaya kami bergambar di kedai gambar utk membuat kenangan supaya gambarnya lebih menarik...

Otromen Syawal

Hantu Raya

31 March 2011

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR..

Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.
Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

b)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.

Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.
Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.
Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.
Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

3. Pencemaran laut
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.
b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.
c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.

4.Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

5.Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.


c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.


d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh

digunakan untuk menghasilkan metana.
Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.


AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.

Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.

Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.

Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:

a.Pameran

b.Kempen-kempen

c.Pertandingan

d.Projek Riadah Alam Sekitar



A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat

,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.
C.PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.
D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.