assalamualaikum Pictures, Images and Photos




masa itu kehidupan

09 June 2010

KAWAN...


>Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh !
>
>Titipan puisi ini saya terima dari seorang sahabat. Semoga ianya
>bermunafaat bagi diri saya sendiri khususnya, dan bagi anda semua
>umumnya.
>
>Kawan di akhir zaman ini
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita ketemui
>Yang benar-benar sibuk
>Dengan urusan baiki diri nya
>Yang ada kini hanya
>Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
>Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita ketemui
>Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
>Yang sanggup bersusah dan penat
>Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
>Yang ada kini hanya lah
>Berbangga dengan ijazah yang menjela
>Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita ketemui
>Ahli professional yang bertaqwa
>Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
>Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
>Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
>Yang hidup nya lebih barat dari barat
>Ibadah dan amal terasa amat berat
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita ketemui
>Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
>Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
>Yang ada hanya
>Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
>Bersahabat untuk mendapat laba
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita temui
>Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
>Yang menghidupkan ilmu yang ada
>Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
>Yang ada hanyalah
>Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
>Yang menghidupkan sunnah barat
>Yang melupakan kehidupan akhirat
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Susah untuk kita temui
>Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
>Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
>Yang ada hanya
>Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
>Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Susah untuk kita temui
>Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
>Menjadikan nasyid nyayian harian
>Menjadikan selawat ucapan kelaziman
>Yang ada hanya
>Artis di jadikan bahan pujaan
>Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
>Dianggap moden dan berketrampilan
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Susah untuk kita temui
>Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
>Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
>Menangis cemas mengenangkan saat kematian
>Merintih sayu mengenangkan persediaan
>Yang ada hanya
>Yang panjang angan-angan
>Mengumpul dunia kerja seharian
>Seolah kematian itu sangat jauh
>Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
>
>
>Kesempatan ini juga ana ambil untuk mengucapkan Tahniah dan
>Selamat Menyambut Isra' wal Mi'raj istimewa untuk anda semua.
>

ADAKAH KITA SEORANG ISLAM..

***************************************************************************

MUTIARA MINDA
Teringat pesan ayahanda... "sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?
Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang
ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."

Subhanallah, betapa alpa nya kami... sesungguhnya Engkau maha penerima > taubat...

***************************************************************************
Assalamualaikum

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.
Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan
kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita
sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan
kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih
sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa
bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian
Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga
adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????
Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat
membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana
usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita
hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan
yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu
akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram
hukumnya disisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah
walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran
airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa
kita masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada
dalam anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, WestLife, KRU, Ziana
Zain...??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat
kelak.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada
Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa
diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita
sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita
masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana
gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus
mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika
kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah...
sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah
bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.
Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang
Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita
merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri
dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin
semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ...** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari
akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam
NERAKA yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu
rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????

Kita adalah hambaNya.


Wallahu'alam


* Sila panjangkan untuk di hayati oleh saudara-saudara kita yang
tidak mempunyai e-mail. Supaya kita terus mendapat manfaat darinya serta
rahmat dari Allah swt.

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh
perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah
sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita.
Di bawah ini terdapat 24 perkara -perkara yg. jangan
dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya
kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak
disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki
(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan
mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @
sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan
tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki
mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca
BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan
yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @
kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan
pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati
kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk
dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak
siratulrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH
s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila
berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.
kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana
doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah
kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana
disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap
itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan
salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan
masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak
sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal
ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada
tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya
ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu
adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari
hambanya juga. Wallahuallam.

4 GOLONGAN LELAKI AKAN KE NERAKA


Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka itu ialah:

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagai
nya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mah
ram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak
itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke
neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.
Firman Allah SWT: "Hai Anak Adam Periharalah Diri Kamu Serta Ahlimu Dari Api Neraka Di Mana
Bahan Pembakarnya Ialah Manusia,Jin Dan Batu-Batu..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan
SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan
itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan
pada kita.

7 petua bersahabat

1. SALING PERCAYA

Ini penting bg memudahkan persahabatan.Jangan begitu percaya pd gossip yg diperkatakan
oleh rakan2 yg lain.perlu selidiki kebenarannya & xperlu terburu2. Menjalin persahabatan
yg kekal mmg sukar.Apa yg penting ialah saling mempercayai kpd rakan masing2.Itulah kunci
utama bg mengekalkan persahabatan.Tanpanya, percayalah amat sukat utk menemui seorg sahabat
yg benar2 karib.

2. SALING MEMAHAMI

Saling memahami bermaksud faham apa yg ada pada sahabat,& memahami apa yg dikehendaki & yg
dibenci.Persahabatan adalah perlakuan yg mengerti akan kekurangan @ kelebihan yg ada pd
sahabat.ingat,jgn sampai berat sebelah krn ia akan terasa bahawa dirinya spt bukan
sebahagian drpd persahabatan itu

3. SALING MEMBANTU

Klau sudah bersahabat,pastilah saling membantu.Bukan setakat yg termampu & tidak perlu
sampai mengorbankan diri sendiri.tetapi jgn pura2 tidak tahu masalah sahabat krn mahu
mengelak dr membantu.Tunjukkan bahawa kamu selalu bersedia membantu sahabat yg dlm
kesusahan,kecuali dia mmg tidak mahu pertolongan.

4. JUJUR DAN TERBUKA

Sebagai seorg sahabat harus bersikap jujur & terbuka kpd pasangan anda.Tidak perlu
menyembunyikan perasaan dlm diri sekiranya ada perlakuan tg tidak kena pd rakan.Yg penting
tegurlah secara berbahasa walaupun terbukti salah pd pihaknya. Melalui teguran & nasihat
persahabatan ini menjadi lebih murni.

5. SALING BERTOLAK ANSUR

Sekiranya ada masalah kecil tetapi menjadi satu pertelingkahan yg besar salah seorgperlu
bertolak ansur demi menjaga kepentingan persahabatan.Tetapi sekiranya tetap berlaku
bermakna persahabtan itu masih perlu sempurna & perlu diperbaiki. Salah seorg drpd sahabat
itu perlu pula menjadi org tgh sbg hakim yg boleh menyelesaikan masalah yg wujud.

6. SALING MENEPATI JANJI

Janji amat perlu ditepati krn ia mempengaruhi persahabatan.Sekiranya terpaksa melewatkan
janji ia perlu diberitahu seawal mungkin bg mengelakkan penantian. Jangan lupa meminta
maaf di atas di atas kegagalan menepati jajni sekurang2nya ia akan menyejuk hati walaupun
sedikit terkilan

7. SALING MENGHARGAI

Mentang2lah dia sahabt sendiri,maka selalu saja mengkritik sahabat & menyinggung perasaaan.
kebiasaan ini perlu dihindari kerana lama kelamaan akan mengurangkan rasa hormat sahabat
pd kita.Hargai bentuk pendapat sahabt kita walaupun terdpt kesilapan tetapi selepas itu
akan mudah utk menegurnya kerana masing2 faham tentang sikap masing2 & saling mengh