assalamualaikum Pictures, Images and Photos




masa itu kehidupan

09 June 2010

ADAKAH KITA SEORANG ISLAM..

***************************************************************************

MUTIARA MINDA
Teringat pesan ayahanda... "sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?
Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang
ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."

Subhanallah, betapa alpa nya kami... sesungguhnya Engkau maha penerima > taubat...

***************************************************************************
Assalamualaikum

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.
Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan
kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita
sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan
kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih
sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa
bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian
Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga
adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????
Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat
membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana
usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita
hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan
yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu
akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram
hukumnya disisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah
walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran
airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa
kita masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada
dalam anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, WestLife, KRU, Ziana
Zain...??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat
kelak.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada
Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa
diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita
sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita
masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana
gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus
mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika
kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah...
sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah
bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.
Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang
Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita
merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri
dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin
semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ...** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari
akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam
NERAKA yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu
rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????

Kita adalah hambaNya.


Wallahu'alam


* Sila panjangkan untuk di hayati oleh saudara-saudara kita yang
tidak mempunyai e-mail. Supaya kita terus mendapat manfaat darinya serta
rahmat dari Allah swt.

No comments: