assalamualaikum Pictures, Images and Photos




masa itu kehidupan

09 June 2010

4 GOLONGAN LELAKI AKAN KE NERAKA


Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka itu ialah:

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagai
nya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mah
ram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak
itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke
neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.
Firman Allah SWT: "Hai Anak Adam Periharalah Diri Kamu Serta Ahlimu Dari Api Neraka Di Mana
Bahan Pembakarnya Ialah Manusia,Jin Dan Batu-Batu..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan
SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan
itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan
pada kita.

No comments: