::::::::::::::::::-k3b@h@g!@@n bUk@n m!L!k D@kU-::::::::::::::::::
~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~HIDUP MANUSIA INI HANYA SEMENTARA~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~
01 October 2013
suatu hari seorang perempuan bernama Ana(bukan nama sebenar) telah jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Abu(juga bukan nama sebenar). . didalam kelas yang berada di sebuah sekolah swasta. . abu ingin membantu ana untuk mengemas meja tetapi niat baik abu di tolong dengan baik. . kerana tidak manis di pandang oleh orang ramai jika mereka dilihat oleh orang ramai dalam suasana hujan. .pelbagai kenangan yang tidak senjaga mereka melalui kerana mereka belajar di dalam kelas yang sama, , suatu hari ana rindu sangat2 dekat abu walaupun abu tidak pernah tahu tentang perasaan ana terhadap abu, , ana pendam sedalamnya,walaupun ana tahu abu menyukai orang lain,ana tidak boleh menghalang perasaan ana untuk menyusai seseorang kerana suka itu satu fitrah yang di beri allah untuk hambanya, tetapi ana menjaga fitrah yang allah beri kepadanya supaya tidak menjadi fitnah. .Ana tak mahu dirinya menjadi fitnah agama ini. Lepas mengatakan dalam hati ana bahawa ana rindu sangat2 dkt abu,ana tertidur kerana keletihan,lepas sahaja ana terbangun ana melihat ada banyak message masuk dalam telefon ana, salah satu message daripada abu. sebelem ini kami pernah berhubung atas sebab urusan kerja. ketika itu ana rasa betul ker apa yang ada terima ini daripada abu. disebabkan ana terkejut,ana terus buang message tersebut. selain itu, ketika ana bosan ana selalu mengharapkan ada seorang insan yang sudi membalas message ana, , suatu hari,abu menghantar message kepada ada tetap pada masanya,time ana mengharapkanlah dia hadir tanpa disuruh, dan jika diri ini dalam keadaan sibuk,dia pergi meninggalkan ana sendiri, dan yang paling best ana & abu gaduh dalam diam, bila berjumpa masih2 marah antara satu sama lain,tetapi tiada saper yang tahu, ,
#penulis mengharap kesah cinta mereka yang separuh jalan ini menjadi happy ending, , ini adalah kisah benar, , sbb itu kesah ini tergantung. .
28 March 2012
hati oh hati
sesungguhnya tuhan&raja alam ini lebih berkuasa
18 March 2012
AYAM KICAP
BAHAN2
::AYAM
::SOS TIRAM
::TEPUNG JAGUNG
::1 BIJI BAWANG MERAH*
::3 ULAS BAWANG PUTIH*
::HALIA*
CARA MEMASAK::
1)MULA PERAP AYAM DENGAN KICAP & SOS TIRAM
2)KEMUDIAH GORENG AYAM TERSEBUT DAN ASINGKAN KE TEPI
3)MAYANG BAHAN2 BERTANDA (*) KEMUDIAN GORENG SEHINGA NAIK BAU
4)MASUKKAN KICAP & SOS TIRAM JANGAN LUPA AIR(BAGI BERKUAH)
5)MASUKKAN SEDIKIT TEPUNG JAGUNG YANG SUDAH DI CAMPUR AIR
6)SIAP DI HIDANGKAN..
27 November 2011
muslimah kita & drama korea
Seperti entri sebelum ini, hampir sebulan juga saya tangguhkan permintaan seorang pembaca untuk entri mengenai drama Korea. Saya fikir, itu suatu isu yang bagus untuk ditulis bahkan sebenarnya perlu untuk menyedarkan sahabat-sahabat kita terutama muslimah yang begitu obses dengan drama Korea.
Bagi memastikan entri ini ringkas dan tidak terlalu panjang, maka saya fikir adalah lebih wajar untuk ditulis khusus kepada skop yang dimaksudkan sahaja. Bermakna, bukanlah saya mahu berbicara tentang hukum menonton filem, melihat pelakon dalam drama dan sebagainya.
Skop yang dimaksudkan adalah, fenomena muslimah kita yang ‘tersampuk’ kegilaan menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.
ASAS
Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja? Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem melayu, filem-filem hollywood, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?
Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination. Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya.
Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.
Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan angau, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan pembaziran masa yang sungguh parah.
Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita muslimah kita termasuklah yang berada di jurusan agama.
Justeru dalam isu ini, saya kira elok kita perhatikan kepada beberapa perkara :
PERTAMA : SYARIAT
Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram. Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.
Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan. Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki. Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.
Tidak kurang juga yang beralasan :
“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya. Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..”
Cuba rujuk balik kepada ayat Allah. Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita. Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.
Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia? Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia. Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.
Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam. Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.
KEDUA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK
Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia. Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem. Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.
Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita. Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat. Begitu juga dengan wanita. Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan. Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.
Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri. Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.
KETIGA : FANATIK DAN OBSES
Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya. Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea.
Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi. Ini suatu yang berbeza. Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.
Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.
Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah. Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing.
Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul. Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah. Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah. Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.
KEEMPAT : LALAI
” Saya risau, ramai kawan-kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai..”
Ya. Itulah point nya. Kelalaian. Pembaziran masa. Hilang fokus.
Sebagai contoh, muslimah yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.
Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula. Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.
Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.
Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.
Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam. Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti. Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut. Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’. Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau. Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.
KELIMA : SIFAT MALU
Inilah yang menjadikan wanita muslimah sebagai subjek utama. Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?
Oh..Hensemnya dia! Aku jatuh cinta!
Aku suka hero cerita ni. Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..
Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :
Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun
Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea
Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.
KESIMPULAN
Saya lebih cenderung mengajak kita mengambil sikap pertengahan. Kerana itu saya tidak mahu mengatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan. Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.
Sekadar mahu menghilangkan tension. Sekadar mahu mengalih perhatian. Sekadar mahu menghilangkan bosan. Sekadar mahu menghiburkan hati.
Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?
Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam. Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.
Maka berwaspadalah. Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman. Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.
Pesan pada mereka ; kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod, maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod. Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.
Sekian
SUMBER :
http://www.myilham.com/blog/2011/09/muslimah-kita-dan-drama-korea/
16 April 2011
WARKAH BUAT SUAMI..~
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,”
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV.Tapi, ahh bukanlah.. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,suaminya kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. “Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Eh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hitam. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”
“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg….
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg… Aliyah sayangkan Abg…. Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
MORAL OF THE STORY :
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it.
“Bukan senang nak jadi senang, & bukan susah nak jadi susah…”
Jangan pandang pada paras rupa seseorang tapi nilai pada KEJUJURAN, KEIKHLASAN, & KESETIAAN HATINYA. Paras rupa tidak membawa kepada KEBAHAGIAAN KELUARGA.Terserah pada anda untuk menilai seseorang… .
“TEPUK DADA, TANYA IMAN…”