assalamualaikum Pictures, Images and Photos




masa itu kehidupan

31 March 2011

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR..

Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.
Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

b)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.

Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.
Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.
Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.
Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

3. Pencemaran laut
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.
b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.
c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.

4.Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

5.Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.


c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.


d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh

digunakan untuk menghasilkan metana.
Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.


AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.

Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.

Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.

Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:

a.Pameran

b.Kempen-kempen

c.Pertandingan

d.Projek Riadah Alam Sekitar



A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat

,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.
C.PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.
D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

19 November 2010

16 November 2010

perkhemahan di sungai dara,perak

Pada permulaannya,kami merasa gembira kerana kami akan pergi ke sebuah perkhemahan yang di anjurkan oleh pihak sekolah menengah ibn khaldun,di sungai dara,perak.Selama 3 hari 2 malam

Dalam perjalanan untuk sampai ke tapak perkhemahan tersebuat, dengan izin allah,kami tersesat.Dan kami adalah peserta yang terakhir sampai di sana.Dalam perjalanan,kami di kehendaki mendaki bukit sebanyak 1.5 km. Manakala pelajar lelaki pula di kehendaki melalui jalan yang biasa tetapi sebanyak 3 km.Malah kedua-dua peserta merasa kepenatan yang sama.

Ketika sampai disana,kami dibenarkan untuk berehat seketika.Di sana,banyak ujian yang menimpa peserta.Di antaranya ialah ketiadaan air disana,malah mereka dikehendaki persusah payah untuk mendapatkan air. Tetapi apa yang membuat kami terharu ialah mereka sentiasa bersabar walaupun ditimpa ujian.Mereka sentiasa di kasihi,malah mereka diajar apa itu ukhuwah.Guru-guru mengharapkan sesuatu yang begitu berharga dalam diri pelajar.Tetapi yang sedihnya,pelajar-pelajar tidak memahaminya..

Selepas 3 hari berlalu,para peserta dibenarkan untuk balik ke rumah masing-masing.Apabila para peserta hendak balik maka mereka dikehendaki mendaki bukit sepertimana yang dilakukan ketika hendak pergi ke tapak perkhemahan tersebuat.Ada sekumpulan pelajar yang sudah sampai di tempat yang ditetapkan untuk menggu bas.Tetapi ada seorang pelajar yang baru sampai di tempat tersebut,beliau tidak terus duduk rehat,tetapi beliau mencari kawan-kawannya yang belum sampai.Selepas beliau menjumpai kawannya, beliau terus mengambil beg kawannya dan dibawa sehingga di tempat tersebuat.Inilah yang dikatakan ukhuwah.

Perasaan Menjadi Ketua Kelas

ketika aku menjadi ketua kelas di sekolah menengah ibn khaldun…hari pertama aku menjadi ketua kelas aku merasa biasa sahaja..tetapi perasaan itu telah hilang apabila aku melalui hari-hari berikutnyer.apabila banyak tugas yang perlu di lakukan semasa dan yang akan berlaku.adakala aku merasa penat dan kadang kala aku marah apabila tidak ada orang yang mendengar nasihat aku..Waktu itu, aku rasa sedih sangat.Tetapi kesedihan aku terpadam kerana aku mempunyai daya berfikir yang agak hebat,aku berfikir setiap apa yang berlaku allah yang tentukan.Maka setiap waktu aku mempunyai semangat malah semangat itu ditambah dan akan bertambah,apa yang perlu aku buat ialah bersedia setiap masa,kerana tugas ketua kelas tidak tentu masa..

Aku tidak suka dibenci dan aku tidak pula membenci anak buah aku,kerana apabila perasaan benci ada didalam hati,Maka kelas itu tidak akan berdamai..Malah,aku selalu bersikap terlalu baik dengan mereka.AKhirnya mereka membuatkan aku ini seperti orang bawahan. Apa yang aku suruh semuanya susah untuk mereka lakukan. Apa yang mereka tahu ialah main, bergurau dan macam-macam lagi.apa yang aku boleh buat ialah menasihati.Adakala pelajaran aku terbiar sekejap kerana tugas.Aku tidak tahu hendak membuat bagaimana dengan mereka semua.sifat aku dari kecil tidak suka untuk memarah seseorang.Tetapi bila di sekolah aku jiga tidak boleh dimarahi dan memarah orang lain kecuali di rumah,adakala aku marah, adakala aku gembira.tetapi jikalau aku memarahi seseorang,aku akan memarahi nya dengan penuh kasih sayang…

Setelah beberapa bulan,ramai guru-guru yang berpindah,ada yang melanjutkan pembelajaran, ada yang berkhawin.Oleh disebabkan itu, sekolah mencari guru-guru yang ingin menganti kan tempat mereka. Seterusnya,ada seorang guru yang menasihati aku,beliau menyuruh aku untuk menjadi seorang ketua kelas yang tegas bukan garang.Aku berasa sedih kerana selepas itu ramai yang membenci aku.Tetapi aku tetap tidak membenci mereka.Maka setelah beberapa hari kemarahan yang timbul diantara aku dan mereka telah hilang,kerana aku mengamalkan sikap membenci orang lain semata-mata kerana allah.Semua orang aku sayang sama rata. Jikalau aku marah,aku bukan benci tetapi aku marah dekat sifat mereka.

Akhir sekali,aku mempunyai 2 orang guru kelas yang baik hati.Malah kedua-duanya pun berasal daripada Kedah,Darul Aman.Tanpa mereka hidup aku dalam menjalani tugas yang begitu susah bagi aku,kerana aku tidak pernah menjadi ketua kelas sebelum ini.Apa yang aku buat ialah aku berfikir yang baik sahaja.Ada kala aku ingin memarahi seseorang tetapi kemarahan aku terpadam kerana aku berfikir apa kesalah beliau. Adakala seorang ketua pun melakukan kesilapan,dan adakala orang bawahan membuat sesuatu yang betul malah diredhai oleh allah. Aku tetap bersabar dalam hidup yang agak sukar untuk ditempuhi.Bak kata orang Amanah itu lebih berat daripada beg yang kita pikul. Oleh itu, aku menjadi seorang berguna pada masa itu dan insyaALLAH aku tetap berguna pada masa akan datang.APA YANG AKU HARAPKAN IALAH DOA DARIPADA SEMUA PIHAK YANG MENGHARAPKAN AKU UNTUK TERUS MAJU DEMI AGAMA DAN SEGALANYA…SEKIAN TERIMA KASIH.

kebenaran daripada seorang ketua kelas

Aku seorang hamba allah yang lemah.Aku di lahir di sebuah keluarga yang mengamalkan system islam. Ayah ku bernama Ibrahim bin abd rahman,ibu ku bernama junaidah binti Mokhtar.Mereka telah supaya kami adik-beradik sekolah di sekolah ibn khaldun.Aku hanya boleh ikut sahaja apa yang terbaik untuk aku.

Sudah beberapa tahun aku di situ,aku baru sedar tentang kehidupan sebenarnya,Di sana ada guru yang membantu aku dalam bermacam masalah,tetapi guru itu selalu di benci oleh sekumpulan pelajar,tetapi aku tidak membenci ataupun terlalu mengharapkan.

Aku merasa sungguh sedih apabila guru kelas ku diperbuat seperti orang yang tidak mempunyai ilmu. Kerana ramai pelajar menyuruh guru kelas aku membuat sesuatu tetapi guru kelas ku tidak ingin membuatnya. Aku merasa sedih kerana meraka membuat beliau seperti itu..adakah patut seorang anak murid berbuat demikian terhadap gurunya. Aku rasa tidak sewajarnya mereka buat demikian.

13 November 2010

pada hari selasa,9/11.Sekolah telah mengadakan perkhemahan di sungai dara country resor,tanjong malim.

Pada mulanya,kami terasa sangat genbira.tetapi kegembiraan kami berubah,kerana disana kami kena naik bukit sebanyak 4 bukit,lebih kurang 1.5 km.Di sana kami rasa sangat penat,dan juga ada yang sudah putus asa.tapi apa kami boleh buat teruskan pejuangan sehingga sampai disana.Selepas sampai ada lagi cabaran iaitu ada 70 anak tangga.mmg memenatkan kami semua.


Setelah itu,datang lagi ujian iaitu air tidak ada di tandas.Kami pun tak tahu la macam mana boleh jadi macam ini..Kami pun terus bersabar dengan semua itu.tetapi di sana kami masih di beri kemudahan iaitu makanan dimasakkan oleh guru-guru.minuman di sedia kan oleh guru-guru.
kami tidak pperlu risaukan lagi.Di sana kami belajar macam-macam perkara,seperti ukhuwah dan lain-lain lagi.

selepas itu,kami dikehendaki mendaki bukit yang agak tinggi,sebanyak 1.5 km,di sana kami banyak mengamalkan apa ya g diajarkan kepada kami..Contohnya ukhuwah,ada seorang insan daripada kumpulan satu yang baru sahaja sampai ditempat bekenaan,beliau terus mencari kawan-kawannya yang masih di belakang.Kami merasa teharu sangat jena mempunyai kawan seperti beliau.Ada lagi seorang yang sanggup membawa beg kawannya kerana beliau risaukan kesihatan kawannya...Dia luar sana susah untuk mencari kawan seperti mereka berdua..
seteruk mane pun mereka,mereka tetap kawan saya,saya akan cuba untuk mengubah mereka...
kalau diluar,ramai yang pentingkan diri sendiri,jikalau kawannya teruk cepat-cepat meraka tinggalkan kawan yang teruk tu..tapi kalau kawan tu ada duit,cepat2 buat baik...

21 October 2010

kehidupan seorang ketua kelas

setiap orang yang mempunyai jawatan.pasti akan dicemburui oleh kawan-kawannya..
malah akan dibenci,apa yang aku boleh buat ialah bersabar dan yakin bahawa allah akan membantu orang-orang yang sabar...oleh kerana itu aku tidak akan menerima arahan,tetapi aku akan membuat arahan berdasarkan kepandaian aku...

Mulai hari ini.mungkin ada orang akan membenci aku tetapi apa yang boleh aku buat ialah menjaga perasaan orang yang tidak bersalah.Oleh itu,aku mempunyai moto hidup aku"berani kerana benar,takut kerana salah".aku tidak akan merasa takut kepada orang yang membuat salah malah aku akan melakukan apa yang terbaik untuk mereka..

kemudian aku tidak akan membenci sesiapa yang membenci aku ataupun orang yang sentiasa memberi ilmu dan nasihat untuk diri ini.malah aku akan sentiasa manghormati mereka,kerana aku yakin apabila aku membenci seseorang itu,maka akan ada 10 orang akan membenci aku.
oleh itu,aku berazam tidak akan membenci sesiapa walaupun orang itu membenci kita..

selepas ini,aku akan menjadi seorang yang tegas tetapu bukan seorang yang garang,keranadalam dunia ini mana ada orang yang sempura.oleh itu aku akan membuat sesuatu arahan mengikut kesesuaian meraka.Apabila aku menjadi seorang yang garang, aku akan mula membenci seorang demi seorang.Oleh itu,aku tidak mengharapkan diriku dibenci.
Tetapi mungkin harapan aku mencontohi nabi muhammad.

akhir sekali,aku ingin menjadi menjadikan nabi muhammad sebagai contoh dan ikutan aku buat selama-lamanya,kerana nabi muhammad juga pernah di hina malah dibaling najis,duri-duri,
dan sebagainya.Tetapi nabi muhammad tetap bersabar dalam ujian demi menyebarkan agama allah iaitu islam.Tetapi aku lain,aku akan buat yang terbaik dalam memikul amanah yang besar ini.Malah aku akan bersabar seperti nabi muhammad dan akan mencuba untuk memperbaiki diri ini dah juga diri sahabat-sahabat ku yang lain

sekian yerima kasih..
daripada nur syafiqah binti ibrahim