assalamualaikum Pictures, Images and Photos




masa itu kehidupan

15 June 2010

kenangan...


byk yg kami lalui....dlm setahun......
ada yg bergaduh...aderr dengki...mcm2 lg...
ketika 2 kami x matang....mcm bdk2 kecik...
skrg kami sdh pun mgenal diri kami...
skrg ni...kami ingin mendapat kan keredhaan allah..
dulu kami buat...kami x tau pun itu baik/x

makin besar..
makin byk masalah yg dihadapi nya...


hakikat kehidupan...

hidup ini x sempurna tanpa ada nya seorang wanita/seorng lelaki..
krn...
bg saya tanpa lelaki hidup ni x akn menjadi....
bg seorg wanita 24 jam memerlu kan lelaki...
ttp...wanita 2 kena memilih,...
lelaki mana yg dia mencari...
bg wanita ia perlu lelaki spt ini:
1)ayah..
2)abg
3)adik lelaki..
4)suami(bg yg dah berpunya..)

nilah yg plh penting..
yg lain tidak...
krn...
selain drpd itu...
mereka ingin mempermainkan kaum wanita...

tetapi...
lelaki...jika ia memerlukan wanita disisi nya...
wanita 2 mesti lah,ibu,kakak,adik,isteri(bg yg dah aderr)
tp kalo ia...ingin kan wanita yg slain drpd yg atas maka itu dinama kan...
ikut nafsu...
so...
jgn ikut nafsu...

12 June 2010

ini sepupu saya


walaupun saya x pernah menjadi seorg ibu...
tp..hakikatnya..saya pernah menjaga seorg anak..
iaitu anak saudara saya sendiri..
setiap malam saya kena bgn malam..
untuk membuatkan susu untk nya...
kerja itu mmg penat....
walaupun seorg ibu x pernah meminta balasan....
tp kita kena tau...kepenatan ibu menjaga selamanya..
dr dlm perut hgg kita di akhir hayat...

ketika itu umurnya satu tahun lbh...
tp kalo jaga bdk dr kecil lg penat...
kpd sesiapa yg aderr ibu lagi hargai lah...
krn kepenatan ibu tersebut x standing
dgn kepenatan kita sebagai seorg anak...
so....
jgn buat ibu kita sush hati...

kata2 dari seorg sahabat..


wahai temanku...

kita jgn dgr aperr yg dikata olh org lain...
bg seorg shbt kita perlu memb'nasihat kwn kita
apabila dia ingin memusahi kwn yg lain
bkn menjadi batu api..
krn dgn itu blh memburuk kan org lain & kita sendiri..
krn org x akn percaya dgn kita lg,,
& x akn percaya apa yg kita ingin sampaikan..
wak2 itu kita baru rasa sedih...
krn kehilangan teman....
olh itu jgn sampai kita kehilangan nyerrr
krn dlm zaman skrg ni susah nak cari teman yg baik..

09 June 2010

KAWAN...


>Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh !
>
>Titipan puisi ini saya terima dari seorang sahabat. Semoga ianya
>bermunafaat bagi diri saya sendiri khususnya, dan bagi anda semua
>umumnya.
>
>Kawan di akhir zaman ini
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita ketemui
>Yang benar-benar sibuk
>Dengan urusan baiki diri nya
>Yang ada kini hanya
>Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
>Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita ketemui
>Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
>Yang sanggup bersusah dan penat
>Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
>Yang ada kini hanya lah
>Berbangga dengan ijazah yang menjela
>Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita ketemui
>Ahli professional yang bertaqwa
>Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
>Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
>Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
>Yang hidup nya lebih barat dari barat
>Ibadah dan amal terasa amat berat
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita ketemui
>Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
>Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
>Yang ada hanya
>Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
>Bersahabat untuk mendapat laba
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Payah untuk kita temui
>Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
>Yang menghidupkan ilmu yang ada
>Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
>Yang ada hanyalah
>Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
>Yang menghidupkan sunnah barat
>Yang melupakan kehidupan akhirat
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Susah untuk kita temui
>Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
>Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
>Yang ada hanya
>Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
>Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Susah untuk kita temui
>Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
>Menjadikan nasyid nyayian harian
>Menjadikan selawat ucapan kelaziman
>Yang ada hanya
>Artis di jadikan bahan pujaan
>Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
>Dianggap moden dan berketrampilan
>
>Kawan di akhir zaman ini
>Susah untuk kita temui
>Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
>Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
>Menangis cemas mengenangkan saat kematian
>Merintih sayu mengenangkan persediaan
>Yang ada hanya
>Yang panjang angan-angan
>Mengumpul dunia kerja seharian
>Seolah kematian itu sangat jauh
>Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
>
>
>Kesempatan ini juga ana ambil untuk mengucapkan Tahniah dan
>Selamat Menyambut Isra' wal Mi'raj istimewa untuk anda semua.
>

ADAKAH KITA SEORANG ISLAM..

***************************************************************************

MUTIARA MINDA
Teringat pesan ayahanda... "sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?
Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang
ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."

Subhanallah, betapa alpa nya kami... sesungguhnya Engkau maha penerima > taubat...

***************************************************************************
Assalamualaikum

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.
Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan
kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita
sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan
kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih
sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa
bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian
Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga
adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????
Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat
membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana
usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita
hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan
yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu
akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram
hukumnya disisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah
walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran
airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa
kita masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada
dalam anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, WestLife, KRU, Ziana
Zain...??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat
kelak.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada
Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa
diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita
sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita
masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana
gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus
mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika
kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah...
sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah
bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.
Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang
Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita
merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri
dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin
semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ...** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari
akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam
NERAKA yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu
rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????

Kita adalah hambaNya.


Wallahu'alam


* Sila panjangkan untuk di hayati oleh saudara-saudara kita yang
tidak mempunyai e-mail. Supaya kita terus mendapat manfaat darinya serta
rahmat dari Allah swt.